Pages

Thursday 19 December 2013

# My Idea : Harga Tol Naik Tahun Depan

Tol Naik Tapi Skrip Masih Sama Dan Stereotype?

Masih tak reda isu petrol, tarif elektrik dan gula naik termasuk GST sekarang timbul pulak isu harga tol akan naik tahun 2014. Hakikatnya masih tak kering peluh rakyat mencari rezeki, terbeban pula dengan macam-macam kenaikan yang mungkin tak tertanggung oleh majoriti rakyat.
Namun apa yang mengecewakan ialah cara beberapa menteri menjelaskan persoalan dengan memberi alternatif yang cukup dangkal pemikirannya. Semua ini hanya kebetulan atau sudah diajar cakap macam tu? 

Wajarkah bercakap seperti di bawah? Bukan sekali dua macam ini. Pernahkah mereka fikir apa perasan rakyat?

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi, walaupun konsesi lebuh raya akan menyemak kadar selari dengan jumlah penggunaan untuk projek pada masa depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah."Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,"
Kalau begini gayanya rakyat perlu berfikir secara projektif meramalkan apa yang bakal berlaku akan datang dan apa alternatif yang akan diberi oleh orang berkenaan.

Contohnya jika suatu hari kos rawatan di hospital kerajaan dinaikkan, rakyat harus bersedia dengan jawapan; cari bomoh kalau nak murah.

 Rakyat mungkin tak kaya harta tapi belum tentu miskin pemikiran. Rakyat mungkin boleh menerima dengan pasrah tapi tak sebodoh mengiakannya.

Dalam Sinar Harian pula hari ini,
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol.

Menurutnya, ia adalah kerana BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat."
Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.

No comments:

Post a Comment