Pages

Monday, 30 December 2013

# My Info : Sepuluh Bandar Di Malaysia Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Tinggi.

Top 10 Cities in Malaysia with the Fastest Broadband Speed Tests

Due to the advancement of technology, internet service providers are able to provide better broadband speeds to their clients and these broadband speeds are rapidly increasing. However, not all countries are able to provide their citizens with fast broadband speeds.

Ookla, the company Speedtest.net, offers a broadband index that tabulates the results of millions of broadband speed tests done each day.  This is called Net Index.  It takes the average of the broadband speed tests over the past 30 days.  In this post, we’ve used that tool to identify which cities in Malaysia have the fastest broadband and also which cities in the world have the fastest broadband.

Note: by fastest broadband, we are referring to download speed, as opposed to upload speed. This number here was recorded on 26 August 2013.

The average broadband speed worldwide is 14.19 Mbps and Malaysia does lag behind by quite a bit. The average broadband speed in Malaysia is only 4.54 Mbps, which puts the country in the 114th position when it comes to broadband speeds available in different countries.

Sunday, 29 December 2013

# My Info : Bola Sepak Malaysia Ranking Ke-154 FIFA 2013

 
Macam dah boleh agak kedudukan ranking bola sepak Malaysia yang dikeluarkan oleh FIFA yang paling latest. Ranking bola sepak Malaysia yang ke-154 daripada 207 negara. Kalau ranking Asia pulak yang ke-30 daripada 46 negara.

Setiap kali ada kejohanan yang melibatkan pasukan Malaysia ada yang kritik, kecam dan ada yang puji. Pelik jugak kalau kalah pun masih dipuji dengan alasan ada improvement. Bukan tak patriotik tapi senang cerita Malaysia tak boleh berterusan macam ni.

  1. Kurang pendedahan peringkat antarabangsa?
  2. Jurulatih tak bagus?
  3. Pengurusan FAM teruk?
  4. Pemain tiada mentaliti menang?

Ya betul menang kalah adat pertandingan tapi bukanlah masa terbaik untuk bersangka baik lagi. Kalau ikut rekod lepas Malaysia cuma mampu kalahkan negara kat Asia Tenggara je. Tapi bila jumpa Korea, Jepun, China atau negara-negara Arab, kita dah boleh ramal keputusannya.

# My Info : Kelajuan Broadband Internet Malaysia Yang Ke-112 Di Dunia


Malaysia Ranks 112 in the World for Fastest Broadband Speed Tests

Asia is home to some of the most technologically advanced countries and some of the fastest average broadband speed tests.  However, Malaysia lags behind a bit and ranks 112 in the world for fastest average broadband tests with an average broadband speed test of 4.56 Mbps.

We’ve used the website Net Index to identify where countries rank in terms of average broadband speed tests.  Ookla is behind this site Net Index and also the well known Speedtest.net. Net Index offers a broadband index that tabulates the results of millions of broadband speed tests done each day.  It takes the average of the broadband speed tests over the past 30 days.  Additionally, by fastest broadband, we are referring to download speed, as opposed to upload speed. The numbers in this post were recorded on 26 August 2013.

Even though Malaysia ranks around 112 with a speed of 4.56 Mbps, it has improved since last year. Also, Malaysia does rank higher than several other Asian countries like India, Indonesia, and Cambodia. Surprisingly, the United States ranks only 26th on the list with an average broadband speed of 18.73 Mbps, and the United Kingdom ranks a little higher with an average broadband speed of 22.28 Mbps. Australia ranks much lower at the 50th position, as it offers an average broadband speed of only 13.57 Mbps.

Friday, 27 December 2013

# My Info : The 19 Best-Selling Cars In America

Bayangkan kereta-kereta yang nampak eksklusif dan mewah di Malaysia kebanyakannya dijual bawah $20,000 di Amerika. Yang mencuri tumpuan model kereta dari Jepun dan Korea. Macam lain je banding dengan model di Malaysia.

#19 GMC Sierra


#19 GMC Sierra

AP
September sales: 13,438
Percent change from a year ago: -1.5%
Sticker Price: $24,090
Source: GM

# My Info : Best-Selling Car Brands and Models

Best-Selling Car Manufacturers in Japan in 2013 (Q3)

Memang dijangka Toyota mendominasi jualan kereta di Jepun dan Honda menjadi pencabar terdekat. Cuma untuk model kereta yang tersenarai di bawah mungkin agak asing sikit berbanding di Malaysia
 Toyota Sign

# My Info : Top Korean Cars for 2013

Berikut adalah 7 jenis kereta terbaik di Korea mengikut kategori masing-masing. Sebahagiannya sudah ada di pasaran Malaysia seperti Sonata, Optima, Santafe dan Tucson. Apa yang menarik tentang kereta Korea ini ialah reka bentuknya yang hebat dan dinamik. Tentang kualiti yang lain, anda pandu ujilah sendiri.

1) For the Eco-Minded Family: 2013 Hyundai Sonata Hybrid
Photo Credit: http://aol.it/13od8xS
First up on our list is the 2013 Hyundai Sonata Hybrid. With increased fuel efficiency and the ability to operate in all-electric mode for long spans of time, this car is as eco-friendly as it is well designed. It has a large capacity 10.5 kW Hybrid Starter Generator (HSG), a higher output 35 kW electric motor, a more powerful 47 kW Lithium Polymer battery pack and an optimized hybrid operating strategy. With these enhancements, the 2013 Hyundai Sonata Hybrid can go farther distances for longer and the best hybrid offering from Korea at the moment.

Tuesday, 24 December 2013

# My Info : Isteri Aaron Aziz Berhibab

Alhamdulillah seorang lagi public figure memilih jalan yang betul dan tepat.
Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

Monday, 23 December 2013

# My Idea : Cara Lajukan Internet Browsing Guna Google Public DNS



Ini adalah salah satu cara atau tips lajukan internet browse dengan menggunakan setting Google DNS

Mula-mula sekali, pergi ke Open Network and Sharing Center.
Screenshot 

Sunday, 22 December 2013

# My Idea : Pengalaman Buka Restoran



Aku nak cerita pengalaman buka restoran nasi lemak berlauk pada tahun 2009 kat Parit Raja, Johor. Aku kongsi 50-50 dengan kawan aku. Ni pengalaman pertama aku berniaga. Modal pun tak besar mana.

Persiapan rapi dah dibuat terutama dari segi marketing. Daripada edar flyers satu Parit Raja , gantung banner sana sini sampaila hantar email ke staff universiti dan kolej kat situ . Hari pertama pembukaan memang menakjubkan. Seperti yang diharap pelanggan ramai datang dari pagi sampai ke malam.

Cuma dek kerana pengalaman yang cetek, ada masa jadi kelam kabut. Apapun, sambutan minggu pertama Alhamdulillah memberangsangkan.

# My Idea : Tips Temuduga - Memberikan Tanggapan Hebat Yang Pertama

Interview Tips: Making a Great First Impression

Sepanjang pengalaman menemuduga calon lepasan universiti dan kolej untuk jawatan Executive, ada beberapa perkara yang mencuri tumpuan, bertepatan dengan artikel di bawah yang dipetik dari Jobstreet 

  1. Ada calon yang langsung tidak membuat persediaan untuk temuduga. Ada yang gagal menjawab soalan dengan betul atau hampir betul tentang latar belakang syarikat yang dipohon dan produk yang disediakan.
  2. Ada calon yang gagal memberikan tanggapan yang sepatutnya apabila ditanya tentang hala tuju kerjaya (jika dipilih) dan kenapa memilih syarikat tersebut sebagai kerjaya pilihan.
  3. Ada calon terutama lelaki gagal berpenampilan yang sepatutnya ketika menghadiri temuduga. Ada yang hanya mengenakan pakaian seperti seluar jeans dan kemeja lengan pendek tanpa tali leher.
  4. Ada calon yang tidak pasti kenapa memilih kerjaya tersebut dan sekadar ingin mencuba.
  5. Ada calon yang gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di universiti apabila teragak-agak dan tidak mampu menjawab soalan asas. Contohnya calon berkelulusan Degree In Marketing. Ada yang tidak dapat menghurai asas pemasaran, mencetuskan idea dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dunia pekerjaan
Ada graduan lepasan universiti dilihat gagal mempamerkan daya fikir yang logik dan rasional malah ada yang masih samar-samar apa haluan yang menjadi pilihan. Secara amnya, apa yang dipamerkan semasa temuduga akan menjadi tanda aras sejauh mana kualiti kerja jika berjaya dipilih.

# My Idea : Tutorial Mudah Cara Lajukan Laptop/Komputer


Mula-mula pergi ke Start menu dan taip kat RUN dan taip msconfig
 


Thursday, 19 December 2013

# My Idea : Lubuk Ikan Bagus

Pertama Seumpamanya Di Malaysia?
Kepada mereka yang tinggal di sekitar pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor mungkin dah familiar dengan kedai yang menjual pelbagai jenis ikan segar, udang, sotong termasuk ayam daging. Nama kedai pun cukup memikat hati "Lubuk Ikan Bagus".

Kedai ini dibuka seawal 7.00 pagi dan ditutup pada 7.00 malam dan memang menjadi pilihan penduduk di situ. Apa yang menarik tentang kedai ini?

1. Harga yang berpatutan
2. Premis yang bersih dan tersusun - tong ikan disusun cantik dan lantai dialas dengan kayu supaya air tidak terpercik.
3. Waktu perniagaan yang panjang - biasanya pasar basah beroperasi hingga tengah hari. Macam mana pekerja yang balik pukul 5.00 petang?
4. Kedai yang penuh informasi - pelanggan akan tahu jenis ikan yang dibeli di mana, jenis apa dll
5. Lebih 30 jenis ikan segar setiap hari
6. Tenaga kerja yang ramah dan proaktif
7. 100% milik peniaga Islam

# My Info : Pemegang Unit ASB Dapat Dividen 7.75 sen, Bonus 1.15 sen

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen 
PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 di Menara PNB di sini hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

# My Idea : Harga Tol Naik Tahun Depan

Tol Naik Tapi Skrip Masih Sama Dan Stereotype?

Masih tak reda isu petrol, tarif elektrik dan gula naik termasuk GST sekarang timbul pulak isu harga tol akan naik tahun 2014. Hakikatnya masih tak kering peluh rakyat mencari rezeki, terbeban pula dengan macam-macam kenaikan yang mungkin tak tertanggung oleh majoriti rakyat.
Namun apa yang mengecewakan ialah cara beberapa menteri menjelaskan persoalan dengan memberi alternatif yang cukup dangkal pemikirannya. Semua ini hanya kebetulan atau sudah diajar cakap macam tu? 

Wajarkah bercakap seperti di bawah? Bukan sekali dua macam ini. Pernahkah mereka fikir apa perasan rakyat?

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi, walaupun konsesi lebuh raya akan menyemak kadar selari dengan jumlah penggunaan untuk projek pada masa depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah."Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,"

Wednesday, 18 December 2013

# My Info : Primadona Filem Melayu, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

 
KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Monday, 16 December 2013

# My Idea : Rahsia Unlimited Broadband Terbongkar

Unlimited Broadband/Internet Tanpa Had cuma bayar kurang dari RM50 sebulan?

Di Malaysia ada banyak penyedia servis internet/broadband (ISP) seperti TM, Celcom. Digi, P1Wimax, Yes, U-Mobile, Maxis. Masing-masing ada marketing strategies tersendiri tapi siapa yang mempunyai coverage yang luas berpotensi mendominasi pasaran.

>Ada yang offer daily package 100Mb serendah RMM2
>Ada yang offer  monthly package 1Gb serendah RM28
>Ada yang offer monthly package 5gb RM68

Cuma sedikit persamaan,belum ada ISP yang offer unlimited broadband bawah harga RM100 untuk postpaid and prepaid. Yang ada mungkin P1 kot...RM99 sebulan unlimited broadband tapi coverage tak luas dan senang cerita aku tak dapat menikmati pakej yang P1 offer. Secara terang aku guna Celcom 5Gb sebulan RM68.

So aku pun cuba explore kat intenet macam mana nak dapatkan unlimited broadband. Walaupun aku bukan orang technical dan IT tapi aku percaya broadband ni macam drive kereta ikut highway. Kita memang sedia maklum had laju 110km/j tapi sesiapa boleh speed ikut suka hati. Ada speed trap kita maintain bawah 110km/j. Sama juga dengan internet. Kalau kita boleh bypass quota maka bermulalah fenomena kita bebas melayari internet tanpa had dan download sampai pengsan!

Cari punya cari, maka tamatlah penantian selama ni. Aku dah jumpa macam mana nak dapatkan unlimited broadband@bypass quota@online 24 jam@download puas-puas hanya gunakan pakej sedia ada + download software.
Memang tak suka mesej ni sebelum ni. Tak cukup sebulan dah reach limit. Terus jadi slow. 
Tapi sekarang tak lagi. Bertukarlah kepada....opsss! Belum sedia nak reveal lagi.
Untuk kawasan luar bandar dapat speed 4Mbps dah kira bagus atau al least average 1Mbps ke atas.

Sunday, 15 December 2013

# My Idea : Jemputan Majlis Kahwin Guna WhatsApp

Hari ni aku dapat jemputan kahwin dari seseorang melalui WhatApps.Dia kahwin hari ni 15 Dec 2013. Alasannya tak dapat hantar kad jemputan sebab busy sangat. Boleh terima? Last minute satu hal. Aku faham la bila nak kahwin of course busy tapi mengenangkan 3 benda

 Gambar sekadar hiasan

1.Bukan jauh pun kalau nak hantar kad dalam 45 minit perjalanan ataupun pos
2.Aku pun bukan asing pada dia...kira sebelum ni tiap2 hari jumpa dia.Tapi tak perlu cerita la apa hubungan aku dengan dia.
3.Tak boleh call ke? Pun tak sempat?

Maka aku decide ignore je jemputan dia. Pada aku simple je, tak kisah la kalau tak sempat nak hantar. Kalau hantar sms or whatapps or inbox dalam Facebook dan disusuli dengan call pun dah cukup. Berapa je kos call tak sampai 1 minit? 12 sen je guna Hotlink Youth Club...

Sorry, memang tak beradab.Aku pun tak pasti apa hukum tak datang jemputan jenis macam ni. Kena tanya ustaz.

Moral of the story, teknologi buat kita malas dan takde adab? WhatsApp tak salah...

# My Dear : Prihatin Dengan 9 Gejala Penyakit



Tahukah anda ada 9 gejala sakit yang biasa anda hadapi boleh menjurus kepada penyakit yang lebih serius jika tidak di rawat? Mungkin kesibukan harian menjadi satu alasan anda malas untuk mendapatkan rawatan. Tidur mungkin boleh melegakannya seketika tetapi bukan merawatinya.

Mari kita lihat antara 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan. Kami nasihatkan, jika anda mempunyai beberapa gejala di bawah, segeralah mendapatkan rawatan ya.

Pening kepala yang serius / migrain
Semua orang menghadapi pening kepala, dan sesetengah daripada kita mungkin menghidap migrain. Tetapi jika tiba-tiba anda menhadapi pening kepala yang sangat luarbiasa atau terlampau sakit sehingga anda tidak boleh tahan, segeralah berjumpa dengan doktor. Pastikan anda tidak memandu sendirian. Pening kepala mampu menyebabkan kerosakan otak dalam masa beberapa minit.

Saturday, 14 December 2013

# My Dear : Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) 2013

Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik 2013 (AIM 20). Seperti sedia maklum, Anugerah Industri Muzik 2013 atau AIM 20 ini akan berlangsung pada hari Sabtu 14 Disember 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Senarai top 5 calon akhir setiap kategori untuk pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik 2013 ini telah diumumkan.

# My Info : Felixia Yeap Berhijab

Daripada Playboy Bunny Kepada Hijab!

  

Secara peribadi memang beliau patut diberi pujian tanpa mengira latar belakang beliau sebelum ni dan nampak seakan lebih kepada kecenderungan berfesyen dengan cara begini. Walau apapun sebab dan alasan, bukan mudah sebenarnya untuk berbuat begini kecuali wanita yang beriman. Wanita Islam sendiri ada yang gagal memenuhi tuntutan agama dalam bab menutup aurat. Mereka kata mereka dah berubah dengan bertudung tapi masih belum ada kesempurnaan dalam menutup aurat. Ada juga yang sama sekali tertutup hati menutup aurat meskipun umur semakin tua. Ada pula yang tak istiqomah, hanya menutup aurat mengikut tempat dan masa. 

Hidayah itu milik Allah! Semoga beliau diberikan hidayah untuk mendalami dan memilih Islam sebagai pegangan dan cara hidupnya suatu hari nanti. Semoga Felixia Yeap mendapat kemanisan berhijab ya.

 Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

“Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, 
Dia akan berikan kefahaman agama.” 
(hadis riwayat Bukhari)

Friday, 13 December 2013

# My Idea : Apa Yang Kita Faham Tentang Gambar Ni ?

Agak-agak apa yang terfikir dan terbayang di benak fikiran semua ? Gambar ni hanya sebahagian yang aku ambil dari Facebook "Tangisan Syria Di Bumi Jordan". Gambar ni melontarkan pelbagai persoalan. Gambar ni menyingkap seribu makna. Gambar ni menagih emosi berbeza.

Entah kenapa hati aku tak cukup kuat menatap gambar anak-anak kecil ni. Sampai ke saat ni aku masih tertanya-tanya adakah mak dan ayah mereka masih hidup? Atau dah dibunuh oleh regim Assad yang kejam? Siapa yang jaga mereka sekarang? Macam mana makan dan minumnya? Mana tempat berteduhnya?

Anak-anak ni mungkin tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Anak-anak ni mungkin tak faham erti kehilangan seseorang. Yang mereka mungkin sedikit mengerti ialah meneruskan kehidupan.Tak pasti sampai bila anak-anak ni dapat bertahan.

Kalau kita rasa tak dapat beri kemewahan pada yang anak-anak, kesusahan itu tidaklah sesusah anak kecil ini yang bertilamkan kotak.
Kalau kita rasa sudah mengajar anak-anak tentang kasih sayang, ketulusan kasih itu belum tentu menyamai kasihnya kakak kepada adik ni.

 
Biar gambar-gambar ni berbicara. Biarkan gambar-gambar ni mengajar kita. Sampaikan pada anak-anak kita.   
Aku mengharapkan aku dapat melihat wajah keriangan anak-anak ni satu hari nanti...

Thursday, 12 December 2013

# My Idea : Proton Perdana Baru Dilancar


Proton Perdana kononnya sentuhan baru dilancarkan semalam. Hakikatnya ni adalah model Honda Accord Gen 8. Setelah sekian lama proton perdana menyepi daripada sebarang upgrade, akhirnya ni persembahannya?

Perumpaannya, jika dulu masa sekolah kalau kita meniru masa exam dah jadi kesalahan walaupun suka sama suka. Sekarang bukan soal tiru meniru tapi mana letaknya identiti sebenar proton? Yakinkah proton boleh menarik pembeli dengan model macam ni? Atau sama nasib macam Inspira dan Neo? Atau Juara dan Tiara?

So proton dah ketandusan idea atau lokek usaha? Cuba lihat pengeluar kereta lain seperti Hyundai dan Kia. Mereka cuba bersaing dengan gergasi pengeluar lain terutama Honda dan Toyota. Mereka design Elantra dengan gaya sporty dan elegant untuk bersaing dengan Civic dan Altis. Mereka lancar Sonata baru yang dinamik untuk bersaing dengan Accord dan Camry. Sama juga Forte yang sama class dengan Vios dan City. Persoalan lain mana posisi proton sekarang untuk kelas sedan?
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:

Wednesday, 11 December 2013

# My Dear : Sepuluh Website Paling Popular Di Malaysia


Statistik ni aku dapat dari Alexa.com. Memang dah agak Google memang website paling popular even worldwide. Apa taknya, kadang2 kita selalu dengar orang cakap "Google je" kalau nak cari cari something. Betapa kuat penangan branding Google ni. Pasal Facebook tak usah cerita banyak la. Tengok statistik pengguna FB kat Malaysia pun dah tau click sini. Macam mana dengan Youtube pulak? Yang ni bole tanya Shasha macam comel je...

Statistik ni tak jauh beza dengan negara seperti Indonesia dan Singapore. So aku boleh katakan behavior dia orang lebih kurang sama macam kita tapi objektif penggunaan sangat berbeza. Contohnya mereka gunakan Youtube untuk share banyak benda yang bermanfaat terutama bab IT. 






















Top 4 - 10

  • Blogspot.com
  • Google.com.my
  • Yahoo.com
  • Wikipedia.com
  • Maybank2u.com
  • Blogger.com
  • Mudah.com.my


# My Dear : Anak Kita Perlu 6 Vitamin Dan Mineral



Kanak-kanak dan remaja mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza daripada orang dewasa. Adakah makanan anda memenuhi keperluan mereka ?Vitamin dan mineral yang paling penting untuk anak-anak anda adalah:

1. Kalsium

 

Siapa yang memerlukannya dan berapa banyak :
  •     Usia 1-3 : 700 miligram (mg) kalsium setiap hari .
  •     Usia 4-8 : 1,000 mg setiap hari.
  •     Usia 9-18 : 1,300 mg setiap hari.

Makanan Yang Mempunyai Ia : Produk tenusu , makanan yang diperkayakan , ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap


2. Serat 


Serat tidak vitamin atau mineral, tetapi makanan yang tinggi serat juga cenderung untuk dipenuhi dengan banyak nutrien penting, seperti vitamin E, vitamin C , kalsium , magnesium, dan kalium. 

Siapa yang memerlukannya dan berapa banyak :Cadangan Serat adalah berdasarkan kepada berapa banyak kalori yang anda ambil dalam : kira-kira 14 gram bagi setiap 1,000 kalori. 
Walaupun kanak-kanak adalah lebih kecil daripada orang dewasa , badan-badan mereka juga perlu serat hanya kira-kira sebanyak dewasa untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat, Giancoli berkata. "A- berumur 4 -8- tahun, yang boleh makan kira-kira 1,500 kalori sehari, memerlukan 25 gram serat sehari, dan itu kira-kira apa yang saya makan . " Jadi kanak-kanak kecil, yang biasanya makan sedikit kurang daripada kanak-kanak yang lebih tua, mungkin memerlukan sekitar 18 gram serat sehari. 

Sumber Makanan :Makanan yang tinggi serat termasuk buah beri, brokoli, avokado, dan oat. Satu lagi sumber yang sangat baik serat hampir apa-apa jenis kacang , seperti tentera laut, belang-belang, merah, atau kacang buah pinggang, atau kacang kuda . Kacang juga tinggi dengan protein dan nutrien seperti vitamin A dan kalium.

3. Vitamin B


Vitamin B adalah penting untuk metabolisme , tenaga, dan hati yang sihat dan sistem saraf. Salah satu yang paling penting vitamin B adalah B12.Siapa yang memerlukannya dan berapa banyak :Pengambilan yang disyorkan diukur dalam mikrogram :
  •     Bayi : kira-kira 0.5 mikrogram setiap hari.
  •     Kanak-kanak : 0.9 mikrogram setiap hari.
  •     Zaman 4-8 : 1.2 mikrogram setiap hari.
  •     Zaman 9-13 : 1.8 mikrogram setiap hari.
  •     Remaja : 2.4 mikrogram setiap hari ( 2.6 mikrogram untuk remaja hamil)
Makanan Yang Mempunyai Ia :Vitamin B12 datang terutamanya dari makanan berasaskan haiwan , seperti daging, ayam , ikan, dan telur. Kebanyakan kanak-kanak biasanya mendapat cukup B12 dalam diet yang biasa, tetapi kanak-kanak vegetarian / vegan tidak boleh, kata Debi Silber , MS, RD , seorang pakar diet di Dix Hills, NY Cari makanan diperkaya yang tinggi B12. Baca label makanan untuk kandungan cyanocobalamin , bentuk aktif vitamin B12.

Tuesday, 10 December 2013

# My Idea : Facebook : Like & Comment atau Share Untuk Ke Arah Kebaikan Atau Keburukan?


Cuba tengok fakta kat bawah

Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara. "Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.

Apa komen dan reaksi anda?

Aku cuma nak share experience sendiri. Friends aku kt Facebook takdela beribu tapi bermacam ragam termasuklah page yang aku Like. Pada aku kelompok orang berFacebook ada 3 macam kat bawah ni. 

Talk about ideas...yang terbaik!
  • Mungkin cerita tentang fakta, share tentang agama, ada yang mintak pendapat.
  • Ada yang open share macam2, ada jugak ada sebab tersembunyi untuk tujuan bisnes
Talk about thing....boleh tahan la!
  • Semua benda dia nak share, pasal sarapan kat mana la, shopping kat situ la, bercuti kat sana la. Dapat jugak info tambahan tentang tempat menarik.
  • Ada yang share lebih pasal family. Bagus jugak tengok aktiviti dia orang. 
  • Tapi ada yang melampau sangat just nak share hanya segelas air. Harith Iskandar pun pernah jadikan lawak pasal benda ni dalam Lawak Ke Der.
Talk about people....patut ke kita unfriend or block?
  • Ada je tak kena tentang jiran sebelah rumah la, kawan satu ofis la, sedara belah nenek la. Macam dia je yang betul
  • Kata2 kesat satu hal.Menceritakan keburukan orang entah betul atau tak seribu hal.

Lagi satu benda perasan tak, 
Post yang cerita pasal orang atau cerita benda yang negatif cukup senang dapat Like dan Comment daripada post yang share pasal agama atau ilmu. Kenapa ya?

Yang penting mana satu yang dominan atau resesif sebab adat la manusia tak terlepas dari kesilapan.


# My Idea : Kenapa Korea Selatan Mempunyai Kelajuan Internet Antara Paling Tinggi Di Dunia?

Aku adalah antara 4 juta pengguna broadband di Malaysia. Tak payahlah cerita guna broadband apa. Tapi bila baca fakta kat bawah,apa yang terdetik dalam hati aku sama tak dengan orang lain?

1.Kenapa caj bulanan broadband masih mahal?
2.Kenapa masih bagi limit yang rendah untuk pakej tertentu? 

Kenapa?Kenapa?Kenapa?

Nak dapatkan unlimited broadband mungkin terpaksa spend lebih 10% daripada gaji minimum RM900 bagi kebanyakan penduduk Malaysia.Nak taknak bagi yang kaki Facebook terpaksalah langgan plan RM1 sehari.Inikah penyelesaian terbaik untuk pengguna internet seramai 17,723,000 kat Malaysia? 

# My Idea : Apa Rahsia Kejayaan?


Selama kerja kt bank ni aku kenal ramai jugak kawan yang berjaya dalam bidangnya.Tapi aku nak cerita mereka yang berjaya dalam bidang jualan je like insurans, unit trust or multi level.Ada kawan aku yang top or berjaya kat Takaful Ikhlas,MAA Takaful, Prudential, Public Mutual, K-Link dll. Bagus jugak berkawan dengan orang yang berjaya.Of course la mereka ni orang yang positif. Orang macam ni biasanya akan berbual pasal idea je, tak mungkin ada sesi mengumpat.

Cuma aku perhatikan cara dia orang berjaya dengan formula dan rahsia tersendiri yang susah diungkap dengan kata2.Ada yang nampak sempoi je cerita pasal ekonomi la,politik la.Ada yang bercakap penuh makna dan hikmah hingga orang terpesona.Ada yang mengulang skrip power yang sama yang boleh pengaruh customer.

List kat bawah ni basic yang patut ada jika nak berjaya.Lagipun berjaya sendiri pun subjektif.Tak semestinya diukur dengan wang ringgit.


Ada lagi?Banyak lagi kan...

Anyway mereka berjaya kerana berjaya mengeluarkan dan menggunakan kekuatan yang ada dalam diri masing2.Mereka tahu potensi diri,mereka kembangkan,mereka guna sebaik mungkin.Mereka berjaya meletakkan  diri mereka selangkah ke hadapan berbanding orang lain.Ya setiap orang ada banyak skill yang dianugerahkan Allah untuk kita.Tinggal kita je memahami dan memanfaatkannya.

# My Idea : Ramai Graduan Anggap Jawatan Sales Takde Standard

Setakat ni ramai jugak aku dah interview fresh grad untuk jawatan Sales Executive.Kebanyakannya perempuan.Tapi aku sering hadapi masalah yg sama.
First bila call candidate, soalan pertama yg ditanya "jawatan untuk admin ada tak?"Eh...demand pulak.Gatal tangan hantar resume or apply job buat apa?Sorry, reject!

Secondly, candidate secara jujur cakap takde pengalaman dalam sales or marketing.Yang ni ada chance lagi.Aku jawab senang je.Selama ni awak tak perasan awak dah buat marketing free je untuk orang lain.Dua contoh aku bagi pada candidate. 

1.Katalah awak dah tengok filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.Awak punyalah cerita kat kawan2 filem tu best.Kawan2 pun berduyun2 masuk panggung sebab ayat awak.See...awak dah buat free marketing untuk David Teo!
2.Katalah kawan2 dari tempat lain datang ke tempat awak.Dia orang pun tanya mana restoran yang sedap? Awak pun tanpa segan silu bagi tau sana dan situ.See.. free marketing lagi!


Cuma bezanya kerja makan gaji ni ada target.Orang yang ada mindset just nak achieve target management biasanya tak ke mana.Mungkin kerja dalam keadaan stress, tak happy, tak telus.Senang cerita selling skill boleh diasah tapi attitude & mindset negative belum tentu lagi boleh dibentuk.Nanti ada la mulut yang cakap bersangka baik dan bagi pelung.So tunggu kupasan Ramai Graduan Anggap Jawatan Sales Takde Standard (Bah 2)

# My Idea : Empayar Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary : Akhirnya Untuk Siapa?

Ada siapa yang tak kenal Syed Mokhtar? Tak kenal takpe. Yang kenal dia pun ada banyak persepsi tentang kekayaannya. Terpulang pada diri masing2.Apa yang aku tahu Syed Mokhtar memang dah berniaga sejak kecik lagi.Dia bukanlah billionaire bidan terjun walaupun ramai yang yang kata dia kaya atas tiket kroni UMNO.

Aku cuma lihat dari sudut bagaimana seseorang tu boleh jadi kaya raya di Malaysia.Syaratnya mudah, pastikan majoriti rakyat Malaysia menggunakan produk dan servis kita. Betul tak Dr Azizan Osman? Agak2 ada tak rakyat Malaysia yang langsung tak berurusan dengan senarai company kat atas tu? Paling obvious Pos, Proton, Bank Muamalat, Honda dan Gardernia. Nasib baiklah Syed Mokhtar tak ambil alih PLUS walaupun satu ketika dulu ada ura2 nak ambik alih.

Kedua,berapa puluh ribu peluang pekerjaan terbentang kat situ.Dari seorang posmen ke engineer Proton terus ke officer Bank Muamalat, lompat ke salesman Honda dapat mencari rezeki untuk keluarga.

p/s : Tengok pulak Ananda Krishnan,orang ke-2 terkaya di Malaysia yang memiliki Astro dan Maxis.Sekarang ni berapa banyak rumah yang tak pakai Astro?

# My Info : Nikmat Islam - Nikmat Yang Paling Besar

Antara kata-kata imam ni "Janganlah lakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah" 

Jom tengok sampai habis.Disampaikan oleh Shaikh Saleh Al-Maghamsi

Monday, 9 December 2013

# My Info : Top 100 Gadget Blogs


The Top 100 Gadget Blogs ranking is here to help you find out which of the gadget blogs from around the world are the ones to watch out for. Ranking is based on information from Alexa and Technorati which combined, give the blog a ranking. The lower the rank number, the higher in the top 100 gadget blogs list the particular blog will appear.
Information for the Top 100 Gadget Blogs list is compiled every week. At the bottom of the top 100 list you will find code to add a top 100 blog button to your gadget blog.
Congratulations to all those who made the Top 100. If you own a gadget blog and are not listed then drop us an email and we will add it for you. 

# My Idea : Kisah Sayur Nangka

Baru2 ni aku balik rumah mak aku.Sorang je, tak bawak family.So aku singgah la kat pasar malam.Beli lauk dan sayur sikit2.Seperti biasa aku singgah kt gerai makcik yang jual sayur dan ulam.Tengok dari fizikal, rasanya umur makcik tu dah lebih 70 tahun.Aku pun main ambik je 3 sayur, kacang panjang, kacang botol dan....nangka.

Sampai rumah mak, aku ditanya kenapa beli sayur nangka.Kan nangka kat rumah banyak.Jawapan aku senang, sebab nak tolong makcik tu.Memang tak sempat fikir pun rumah mak banyak pokok nangka.Tapi kenapa aku beli? Secara tersiratnya aku nak tolong makcik tu.Aku kagum dengannya.Dalam usia macam tu masih ada kudrat nak cari rezeki.Sama macam mak aku.Masih kuat.Dia jauh lebih baik daripada lelaki yang sihat dan cukup sifat tapi pemalas!

Aku akan tetap tolong makcik tu walaupun dengan hanya membeli 4-5 ringgit.Tak habis kat situ, kalau boleh marilah kita memakmurkan ekonomi Islam.Cara yang mudah, berurusanlah dengan peniaga beragama Islam.

Wednesday, 4 December 2013

# My Info : Kenapa Facebook Berwarna Biru?

Why is Facebook blue? According to The New Yorker, the reason is simple. It’s because Mark Zuckerberg is red-green colorblind. This means that blue is the color Mark can see the best. In his own words Zuck says: 

“Blue is the richest color for me I can see all of blue.” 

Not highly scientific right? Well, although in the case of Facebook, that isn’t the case, there are some amazing examples of how colors actually affect our purchasing decisions. After all, the visual sense is the strongest developed one in most human beings. It’s only natural that 90% of an assessment for trying out a product is made by color alone. So how do colors really affect us and what is the science of colors in marketing really? As we are also trying to make lots of improvements to our product at Buffer, this was a key part to learn more about. Let’s dig into some of the latest, most interesting research on it.