Pages

Thursday 12 December 2013

# My Idea : Proton Perdana Baru Dilancar


Proton Perdana kononnya sentuhan baru dilancarkan semalam. Hakikatnya ni adalah model Honda Accord Gen 8. Setelah sekian lama proton perdana menyepi daripada sebarang upgrade, akhirnya ni persembahannya?

Perumpaannya, jika dulu masa sekolah kalau kita meniru masa exam dah jadi kesalahan walaupun suka sama suka. Sekarang bukan soal tiru meniru tapi mana letaknya identiti sebenar proton? Yakinkah proton boleh menarik pembeli dengan model macam ni? Atau sama nasib macam Inspira dan Neo? Atau Juara dan Tiara?

So proton dah ketandusan idea atau lokek usaha? Cuba lihat pengeluar kereta lain seperti Hyundai dan Kia. Mereka cuba bersaing dengan gergasi pengeluar lain terutama Honda dan Toyota. Mereka design Elantra dengan gaya sporty dan elegant untuk bersaing dengan Civic dan Altis. Mereka lancar Sonata baru yang dinamik untuk bersaing dengan Accord dan Camry. Sama juga Forte yang sama class dengan Vios dan City. Persoalan lain mana posisi proton sekarang untuk kelas sedan?
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:




  • Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Pembangunan model ini bermula daripada sifar dan ia merupakan MPV pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.

  • Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.



  • Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

  • Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.

  • Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.




  • Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

  • Proton Satria: Hatchback 3-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.

    • Proton Satria GTi: Hatchback sport 3-pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport untuk market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4-silinder 1.8 liter DOHC.




  • Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis daripada Mitsubishi dan Volvo serta dibekalkan dengan enjin Renault. Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin Mitsubishi model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.

Sumber di sini

 

No comments:

Post a Comment