Pages

Friday 13 December 2013

# My Idea : Apa Yang Kita Faham Tentang Gambar Ni ?

Agak-agak apa yang terfikir dan terbayang di benak fikiran semua ? Gambar ni hanya sebahagian yang aku ambil dari Facebook "Tangisan Syria Di Bumi Jordan". Gambar ni melontarkan pelbagai persoalan. Gambar ni menyingkap seribu makna. Gambar ni menagih emosi berbeza.

Entah kenapa hati aku tak cukup kuat menatap gambar anak-anak kecil ni. Sampai ke saat ni aku masih tertanya-tanya adakah mak dan ayah mereka masih hidup? Atau dah dibunuh oleh regim Assad yang kejam? Siapa yang jaga mereka sekarang? Macam mana makan dan minumnya? Mana tempat berteduhnya?

Anak-anak ni mungkin tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Anak-anak ni mungkin tak faham erti kehilangan seseorang. Yang mereka mungkin sedikit mengerti ialah meneruskan kehidupan.Tak pasti sampai bila anak-anak ni dapat bertahan.

Kalau kita rasa tak dapat beri kemewahan pada yang anak-anak, kesusahan itu tidaklah sesusah anak kecil ini yang bertilamkan kotak.
Kalau kita rasa sudah mengajar anak-anak tentang kasih sayang, ketulusan kasih itu belum tentu menyamai kasihnya kakak kepada adik ni.

 
Biar gambar-gambar ni berbicara. Biarkan gambar-gambar ni mengajar kita. Sampaikan pada anak-anak kita.   
Aku mengharapkan aku dapat melihat wajah keriangan anak-anak ni satu hari nanti...

No comments:

Post a Comment