Pages

Tuesday 10 December 2013

# My Idea : Facebook : Like & Comment atau Share Untuk Ke Arah Kebaikan Atau Keburukan?


Cuba tengok fakta kat bawah

Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara. "Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.

Apa komen dan reaksi anda?

Aku cuma nak share experience sendiri. Friends aku kt Facebook takdela beribu tapi bermacam ragam termasuklah page yang aku Like. Pada aku kelompok orang berFacebook ada 3 macam kat bawah ni. 

Talk about ideas...yang terbaik!
  • Mungkin cerita tentang fakta, share tentang agama, ada yang mintak pendapat.
  • Ada yang open share macam2, ada jugak ada sebab tersembunyi untuk tujuan bisnes
Talk about thing....boleh tahan la!
  • Semua benda dia nak share, pasal sarapan kat mana la, shopping kat situ la, bercuti kat sana la. Dapat jugak info tambahan tentang tempat menarik.
  • Ada yang share lebih pasal family. Bagus jugak tengok aktiviti dia orang. 
  • Tapi ada yang melampau sangat just nak share hanya segelas air. Harith Iskandar pun pernah jadikan lawak pasal benda ni dalam Lawak Ke Der.
Talk about people....patut ke kita unfriend or block?
  • Ada je tak kena tentang jiran sebelah rumah la, kawan satu ofis la, sedara belah nenek la. Macam dia je yang betul
  • Kata2 kesat satu hal.Menceritakan keburukan orang entah betul atau tak seribu hal.

Lagi satu benda perasan tak, 
Post yang cerita pasal orang atau cerita benda yang negatif cukup senang dapat Like dan Comment daripada post yang share pasal agama atau ilmu. Kenapa ya?

Yang penting mana satu yang dominan atau resesif sebab adat la manusia tak terlepas dari kesilapan.


No comments:

Post a Comment