Pages

Sunday 29 December 2013

# My Info : Bola Sepak Malaysia Ranking Ke-154 FIFA 2013

 
Macam dah boleh agak kedudukan ranking bola sepak Malaysia yang dikeluarkan oleh FIFA yang paling latest. Ranking bola sepak Malaysia yang ke-154 daripada 207 negara. Kalau ranking Asia pulak yang ke-30 daripada 46 negara.

Setiap kali ada kejohanan yang melibatkan pasukan Malaysia ada yang kritik, kecam dan ada yang puji. Pelik jugak kalau kalah pun masih dipuji dengan alasan ada improvement. Bukan tak patriotik tapi senang cerita Malaysia tak boleh berterusan macam ni.

  1. Kurang pendedahan peringkat antarabangsa?
  2. Jurulatih tak bagus?
  3. Pengurusan FAM teruk?
  4. Pemain tiada mentaliti menang?

Ya betul menang kalah adat pertandingan tapi bukanlah masa terbaik untuk bersangka baik lagi. Kalau ikut rekod lepas Malaysia cuma mampu kalahkan negara kat Asia Tenggara je. Tapi bila jumpa Korea, Jepun, China atau negara-negara Arab, kita dah boleh ramal keputusannya.

Apa yang tak kena dengan barisan skuad 2006-2013? Ranking merudum teruk berbanding tahun 1993. Kita pun memang kenal sangat pemain-pemain yang ada. Sebahagiannya pun main dengan kelab JDT.

Skuad Malaysia terang-terang kalah sebab kombinasi kelemahan
  • kawalan bola yang lemah
  • hantaran bola yang tak tepat
  • larian tak selaju pihak lawan
  • mudah diasak
  • serangan tumpul
  • strategi yang tak pasti

Bila nak improve ranking ni. Apa plan FAM ? Kalau masih senario yang ada sekarang terus terang cakap memang takkan ke mana.

Stop dengan mentaliti rasa puas hati sekarang dengan 1 atau 2 kemenangan dengan negara yang memang lemah. Indicator sekarang ialah Asia.

Ranking skuad Malaysia pada tahun 1993 yang paling bagus. Siapa pemain kebangsaan pada masa tu? Kalau tengok pada gambar bawah siapa yang tak kenal Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Khairul Azman, Ahmad Yusof, Mubin Mokhtar.


Winning is EVERYTHING ! 


Sumber : FIFA

No comments:

Post a Comment