Pages

Sunday, 12 January 2014

Cegah 8 Penyakit Dengan Berjalan Kaki

 
Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula

Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakit berbahaya. 

Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan senaman yang bertumpu pada kaki. 

1. Serangan Jantung 

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat. 

2. Stroke 

Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3. 

3. Membakar Lemak 

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan. 

4. Melangsingkan Badan 

Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat). 

5. Kanser 

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara. 

6. Mencegah Osteoporosis 

Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari. 

7. Mencegah Kencing Manis 

Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes. 

8. Depresi 

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung.

Sumber 

50 Bank Terbesar Di Dunia 2013

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Global Finance, berikut merupakan senarai bank-bank terbesar di dunia tahun 2013. Kebanyakannya dikuasai oleh negara China, UK, Jepun, Amerika, Jerman dan Perancis.

 

World’s Biggest Banks 2013 By Assets 2013 
05-world-biggest-banks-by-asset

Monday, 30 December 2013

# My Info : Sepuluh Bandar Di Malaysia Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Tinggi.

Top 10 Cities in Malaysia with the Fastest Broadband Speed Tests

Due to the advancement of technology, internet service providers are able to provide better broadband speeds to their clients and these broadband speeds are rapidly increasing. However, not all countries are able to provide their citizens with fast broadband speeds.

Ookla, the company Speedtest.net, offers a broadband index that tabulates the results of millions of broadband speed tests done each day.  This is called Net Index.  It takes the average of the broadband speed tests over the past 30 days.  In this post, we’ve used that tool to identify which cities in Malaysia have the fastest broadband and also which cities in the world have the fastest broadband.

Note: by fastest broadband, we are referring to download speed, as opposed to upload speed. This number here was recorded on 26 August 2013.

The average broadband speed worldwide is 14.19 Mbps and Malaysia does lag behind by quite a bit. The average broadband speed in Malaysia is only 4.54 Mbps, which puts the country in the 114th position when it comes to broadband speeds available in different countries.

Sunday, 29 December 2013

# My Info : Bola Sepak Malaysia Ranking Ke-154 FIFA 2013

 
Macam dah boleh agak kedudukan ranking bola sepak Malaysia yang dikeluarkan oleh FIFA yang paling latest. Ranking bola sepak Malaysia yang ke-154 daripada 207 negara. Kalau ranking Asia pulak yang ke-30 daripada 46 negara.

Setiap kali ada kejohanan yang melibatkan pasukan Malaysia ada yang kritik, kecam dan ada yang puji. Pelik jugak kalau kalah pun masih dipuji dengan alasan ada improvement. Bukan tak patriotik tapi senang cerita Malaysia tak boleh berterusan macam ni.

  1. Kurang pendedahan peringkat antarabangsa?
  2. Jurulatih tak bagus?
  3. Pengurusan FAM teruk?
  4. Pemain tiada mentaliti menang?

Ya betul menang kalah adat pertandingan tapi bukanlah masa terbaik untuk bersangka baik lagi. Kalau ikut rekod lepas Malaysia cuma mampu kalahkan negara kat Asia Tenggara je. Tapi bila jumpa Korea, Jepun, China atau negara-negara Arab, kita dah boleh ramal keputusannya.

# My Info : Kelajuan Broadband Internet Malaysia Yang Ke-112 Di Dunia


Malaysia Ranks 112 in the World for Fastest Broadband Speed Tests

Asia is home to some of the most technologically advanced countries and some of the fastest average broadband speed tests.  However, Malaysia lags behind a bit and ranks 112 in the world for fastest average broadband tests with an average broadband speed test of 4.56 Mbps.

We’ve used the website Net Index to identify where countries rank in terms of average broadband speed tests.  Ookla is behind this site Net Index and also the well known Speedtest.net. Net Index offers a broadband index that tabulates the results of millions of broadband speed tests done each day.  It takes the average of the broadband speed tests over the past 30 days.  Additionally, by fastest broadband, we are referring to download speed, as opposed to upload speed. The numbers in this post were recorded on 26 August 2013.

Even though Malaysia ranks around 112 with a speed of 4.56 Mbps, it has improved since last year. Also, Malaysia does rank higher than several other Asian countries like India, Indonesia, and Cambodia. Surprisingly, the United States ranks only 26th on the list with an average broadband speed of 18.73 Mbps, and the United Kingdom ranks a little higher with an average broadband speed of 22.28 Mbps. Australia ranks much lower at the 50th position, as it offers an average broadband speed of only 13.57 Mbps.

Friday, 27 December 2013

# My Info : The 19 Best-Selling Cars In America

Bayangkan kereta-kereta yang nampak eksklusif dan mewah di Malaysia kebanyakannya dijual bawah $20,000 di Amerika. Yang mencuri tumpuan model kereta dari Jepun dan Korea. Macam lain je banding dengan model di Malaysia.

#19 GMC Sierra


#19 GMC Sierra

AP
September sales: 13,438
Percent change from a year ago: -1.5%
Sticker Price: $24,090
Source: GM

# My Info : Best-Selling Car Brands and Models

Best-Selling Car Manufacturers in Japan in 2013 (Q3)

Memang dijangka Toyota mendominasi jualan kereta di Jepun dan Honda menjadi pencabar terdekat. Cuma untuk model kereta yang tersenarai di bawah mungkin agak asing sikit berbanding di Malaysia
 Toyota Sign

# My Info : Top Korean Cars for 2013

Berikut adalah 7 jenis kereta terbaik di Korea mengikut kategori masing-masing. Sebahagiannya sudah ada di pasaran Malaysia seperti Sonata, Optima, Santafe dan Tucson. Apa yang menarik tentang kereta Korea ini ialah reka bentuknya yang hebat dan dinamik. Tentang kualiti yang lain, anda pandu ujilah sendiri.

1) For the Eco-Minded Family: 2013 Hyundai Sonata Hybrid
Photo Credit: http://aol.it/13od8xS
First up on our list is the 2013 Hyundai Sonata Hybrid. With increased fuel efficiency and the ability to operate in all-electric mode for long spans of time, this car is as eco-friendly as it is well designed. It has a large capacity 10.5 kW Hybrid Starter Generator (HSG), a higher output 35 kW electric motor, a more powerful 47 kW Lithium Polymer battery pack and an optimized hybrid operating strategy. With these enhancements, the 2013 Hyundai Sonata Hybrid can go farther distances for longer and the best hybrid offering from Korea at the moment.

Tuesday, 24 December 2013

# My Info : Isteri Aaron Aziz Berhibab

Alhamdulillah seorang lagi public figure memilih jalan yang betul dan tepat.
Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

Monday, 23 December 2013

# My Idea : Cara Lajukan Internet Browsing Guna Google Public DNS



Ini adalah salah satu cara atau tips lajukan internet browse dengan menggunakan setting Google DNS

Mula-mula sekali, pergi ke Open Network and Sharing Center.
Screenshot 

Sunday, 22 December 2013

# My Idea : Pengalaman Buka Restoran



Aku nak cerita pengalaman buka restoran nasi lemak berlauk pada tahun 2009 kat Parit Raja, Johor. Aku kongsi 50-50 dengan kawan aku. Ni pengalaman pertama aku berniaga. Modal pun tak besar mana.

Persiapan rapi dah dibuat terutama dari segi marketing. Daripada edar flyers satu Parit Raja , gantung banner sana sini sampaila hantar email ke staff universiti dan kolej kat situ . Hari pertama pembukaan memang menakjubkan. Seperti yang diharap pelanggan ramai datang dari pagi sampai ke malam.

Cuma dek kerana pengalaman yang cetek, ada masa jadi kelam kabut. Apapun, sambutan minggu pertama Alhamdulillah memberangsangkan.

# My Idea : Tips Temuduga - Memberikan Tanggapan Hebat Yang Pertama

Interview Tips: Making a Great First Impression

Sepanjang pengalaman menemuduga calon lepasan universiti dan kolej untuk jawatan Executive, ada beberapa perkara yang mencuri tumpuan, bertepatan dengan artikel di bawah yang dipetik dari Jobstreet 

  1. Ada calon yang langsung tidak membuat persediaan untuk temuduga. Ada yang gagal menjawab soalan dengan betul atau hampir betul tentang latar belakang syarikat yang dipohon dan produk yang disediakan.
  2. Ada calon yang gagal memberikan tanggapan yang sepatutnya apabila ditanya tentang hala tuju kerjaya (jika dipilih) dan kenapa memilih syarikat tersebut sebagai kerjaya pilihan.
  3. Ada calon terutama lelaki gagal berpenampilan yang sepatutnya ketika menghadiri temuduga. Ada yang hanya mengenakan pakaian seperti seluar jeans dan kemeja lengan pendek tanpa tali leher.
  4. Ada calon yang tidak pasti kenapa memilih kerjaya tersebut dan sekadar ingin mencuba.
  5. Ada calon yang gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di universiti apabila teragak-agak dan tidak mampu menjawab soalan asas. Contohnya calon berkelulusan Degree In Marketing. Ada yang tidak dapat menghurai asas pemasaran, mencetuskan idea dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dunia pekerjaan
Ada graduan lepasan universiti dilihat gagal mempamerkan daya fikir yang logik dan rasional malah ada yang masih samar-samar apa haluan yang menjadi pilihan. Secara amnya, apa yang dipamerkan semasa temuduga akan menjadi tanda aras sejauh mana kualiti kerja jika berjaya dipilih.

# My Idea : Tutorial Mudah Cara Lajukan Laptop/Komputer


Mula-mula pergi ke Start menu dan taip kat RUN dan taip msconfig
 


Thursday, 19 December 2013

# My Idea : Lubuk Ikan Bagus

Pertama Seumpamanya Di Malaysia?
Kepada mereka yang tinggal di sekitar pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor mungkin dah familiar dengan kedai yang menjual pelbagai jenis ikan segar, udang, sotong termasuk ayam daging. Nama kedai pun cukup memikat hati "Lubuk Ikan Bagus".

Kedai ini dibuka seawal 7.00 pagi dan ditutup pada 7.00 malam dan memang menjadi pilihan penduduk di situ. Apa yang menarik tentang kedai ini?

1. Harga yang berpatutan
2. Premis yang bersih dan tersusun - tong ikan disusun cantik dan lantai dialas dengan kayu supaya air tidak terpercik.
3. Waktu perniagaan yang panjang - biasanya pasar basah beroperasi hingga tengah hari. Macam mana pekerja yang balik pukul 5.00 petang?
4. Kedai yang penuh informasi - pelanggan akan tahu jenis ikan yang dibeli di mana, jenis apa dll
5. Lebih 30 jenis ikan segar setiap hari
6. Tenaga kerja yang ramah dan proaktif
7. 100% milik peniaga Islam

# My Info : Pemegang Unit ASB Dapat Dividen 7.75 sen, Bonus 1.15 sen

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen 
PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 di Menara PNB di sini hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

# My Idea : Harga Tol Naik Tahun Depan

Tol Naik Tapi Skrip Masih Sama Dan Stereotype?

Masih tak reda isu petrol, tarif elektrik dan gula naik termasuk GST sekarang timbul pulak isu harga tol akan naik tahun 2014. Hakikatnya masih tak kering peluh rakyat mencari rezeki, terbeban pula dengan macam-macam kenaikan yang mungkin tak tertanggung oleh majoriti rakyat.
Namun apa yang mengecewakan ialah cara beberapa menteri menjelaskan persoalan dengan memberi alternatif yang cukup dangkal pemikirannya. Semua ini hanya kebetulan atau sudah diajar cakap macam tu? 

Wajarkah bercakap seperti di bawah? Bukan sekali dua macam ini. Pernahkah mereka fikir apa perasan rakyat?

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi, walaupun konsesi lebuh raya akan menyemak kadar selari dengan jumlah penggunaan untuk projek pada masa depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah."Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,"

Wednesday, 18 December 2013

# My Info : Primadona Filem Melayu, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

 
KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Monday, 16 December 2013

# My Idea : Rahsia Unlimited Broadband Terbongkar

Unlimited Broadband/Internet Tanpa Had cuma bayar kurang dari RM50 sebulan?

Di Malaysia ada banyak penyedia servis internet/broadband (ISP) seperti TM, Celcom. Digi, P1Wimax, Yes, U-Mobile, Maxis. Masing-masing ada marketing strategies tersendiri tapi siapa yang mempunyai coverage yang luas berpotensi mendominasi pasaran.

>Ada yang offer daily package 100Mb serendah RMM2
>Ada yang offer  monthly package 1Gb serendah RM28
>Ada yang offer monthly package 5gb RM68

Cuma sedikit persamaan,belum ada ISP yang offer unlimited broadband bawah harga RM100 untuk postpaid and prepaid. Yang ada mungkin P1 kot...RM99 sebulan unlimited broadband tapi coverage tak luas dan senang cerita aku tak dapat menikmati pakej yang P1 offer. Secara terang aku guna Celcom 5Gb sebulan RM68.

So aku pun cuba explore kat intenet macam mana nak dapatkan unlimited broadband. Walaupun aku bukan orang technical dan IT tapi aku percaya broadband ni macam drive kereta ikut highway. Kita memang sedia maklum had laju 110km/j tapi sesiapa boleh speed ikut suka hati. Ada speed trap kita maintain bawah 110km/j. Sama juga dengan internet. Kalau kita boleh bypass quota maka bermulalah fenomena kita bebas melayari internet tanpa had dan download sampai pengsan!

Cari punya cari, maka tamatlah penantian selama ni. Aku dah jumpa macam mana nak dapatkan unlimited broadband@bypass quota@online 24 jam@download puas-puas hanya gunakan pakej sedia ada + download software.
Memang tak suka mesej ni sebelum ni. Tak cukup sebulan dah reach limit. Terus jadi slow. 
Tapi sekarang tak lagi. Bertukarlah kepada....opsss! Belum sedia nak reveal lagi.
Untuk kawasan luar bandar dapat speed 4Mbps dah kira bagus atau al least average 1Mbps ke atas.

Sunday, 15 December 2013

# My Idea : Jemputan Majlis Kahwin Guna WhatsApp

Hari ni aku dapat jemputan kahwin dari seseorang melalui WhatApps.Dia kahwin hari ni 15 Dec 2013. Alasannya tak dapat hantar kad jemputan sebab busy sangat. Boleh terima? Last minute satu hal. Aku faham la bila nak kahwin of course busy tapi mengenangkan 3 benda

 Gambar sekadar hiasan

1.Bukan jauh pun kalau nak hantar kad dalam 45 minit perjalanan ataupun pos
2.Aku pun bukan asing pada dia...kira sebelum ni tiap2 hari jumpa dia.Tapi tak perlu cerita la apa hubungan aku dengan dia.
3.Tak boleh call ke? Pun tak sempat?

Maka aku decide ignore je jemputan dia. Pada aku simple je, tak kisah la kalau tak sempat nak hantar. Kalau hantar sms or whatapps or inbox dalam Facebook dan disusuli dengan call pun dah cukup. Berapa je kos call tak sampai 1 minit? 12 sen je guna Hotlink Youth Club...

Sorry, memang tak beradab.Aku pun tak pasti apa hukum tak datang jemputan jenis macam ni. Kena tanya ustaz.

Moral of the story, teknologi buat kita malas dan takde adab? WhatsApp tak salah...

# My Dear : Prihatin Dengan 9 Gejala Penyakit



Tahukah anda ada 9 gejala sakit yang biasa anda hadapi boleh menjurus kepada penyakit yang lebih serius jika tidak di rawat? Mungkin kesibukan harian menjadi satu alasan anda malas untuk mendapatkan rawatan. Tidur mungkin boleh melegakannya seketika tetapi bukan merawatinya.

Mari kita lihat antara 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan. Kami nasihatkan, jika anda mempunyai beberapa gejala di bawah, segeralah mendapatkan rawatan ya.

Pening kepala yang serius / migrain
Semua orang menghadapi pening kepala, dan sesetengah daripada kita mungkin menghidap migrain. Tetapi jika tiba-tiba anda menhadapi pening kepala yang sangat luarbiasa atau terlampau sakit sehingga anda tidak boleh tahan, segeralah berjumpa dengan doktor. Pastikan anda tidak memandu sendirian. Pening kepala mampu menyebabkan kerosakan otak dalam masa beberapa minit.