Pages

Sunday, 22 December 2013

# My Idea : Pengalaman Buka Restoran



Aku nak cerita pengalaman buka restoran nasi lemak berlauk pada tahun 2009 kat Parit Raja, Johor. Aku kongsi 50-50 dengan kawan aku. Ni pengalaman pertama aku berniaga. Modal pun tak besar mana.

Persiapan rapi dah dibuat terutama dari segi marketing. Daripada edar flyers satu Parit Raja , gantung banner sana sini sampaila hantar email ke staff universiti dan kolej kat situ . Hari pertama pembukaan memang menakjubkan. Seperti yang diharap pelanggan ramai datang dari pagi sampai ke malam.

Cuma dek kerana pengalaman yang cetek, ada masa jadi kelam kabut. Apapun, sambutan minggu pertama Alhamdulillah memberangsangkan.
Masuk minggu ke-2 aku mula rasakan bebarapa kekurangan dan masalah timbul.

Pertama soal pekerja. Tak pasti mana silap bila pekerja yang diambil dari kalangan terdekat tak dapat membantu seperti yang diharapkan. Lagi satu aku perasan orang Melayu ni, kalau kerja dengan bangsa lain punyalah cepat. Pagi-pagi dah tercongok depan kedai. Kalau kerja dengan Melayu, disiplin letak tepi.

Kedua soal servis. Ni pun berkait rapat dengan pekerja. Pelanggan dah mula merungut bila lambat ambil order dan makanan lambat sampai.

Ketiga soal penyakit a'in (penyakit mata).Ni yang paling bahaya. Bila buka restoran barulah tahu kawan terdekat kita macam mana. Aku perasan ada 2 orang tua yang datang untuk menguji. lepas makan dia akan komen itu dan ini lepas tu terus tak datang lagi. Ada kawan aku terus terang depan aku, dia kata tak boleh telan nasi lemak aku. Wah hina sungguh! Ada jugak yang mengamuk tak tentu arah. 

 Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“'Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.”

(Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)

Tapi setahu aku restoran mamak yang bersepah kat corner lot tu tak la sesedap mana pun. Ada sesiapa yang direct tegur tauke restoran tu cakap tak sedap? Buat air tak sedap langsung pun masih boleh ditelan lagi. Sampai ada yang jadi regular customer.

Masa yang sama ada juga pelanggan yang komen dan bagi nasihat dan cadangan. Terima kasih lah.
Sepanjang aku buka memang ada pelanggan tetap. Tak kurang jugak ada yang memuji. Ada yang bawak kawan-kawan lain.

Aku dan rakan kongsi ambil keputusan tutup restoran tu. So tak perlu ada rasa tak hati satu sama lain. Lagipun awal-awal aku dan dia dah buat perjanjian lisan - biar gagal di dunia tapi tak gagal di akhirat. Aku pun tak pernah menyesal. Aku dikira gagal? Mungkin untuk beberapa aspek seperti tempat (place) dan pekerja (people). Tapi kegagalan yang paling besar ialah orang yang langsung takut mencuba, takut dengan risiko.

No comments:

Post a Comment