Interview Tips: Making a Great First Impression

Sepanjang pengalaman menemuduga calon lepasan universiti dan kolej untuk jawatan Executive, ada beberapa perkara yang mencuri tumpuan, bertepatan dengan artikel di bawah yang dipetik dari Jobstreet
- Ada calon yang langsung tidak membuat persediaan untuk temuduga. Ada yang gagal menjawab soalan dengan betul atau hampir betul tentang latar belakang syarikat yang dipohon dan produk yang disediakan.
- Ada calon yang gagal memberikan tanggapan yang sepatutnya apabila ditanya tentang hala tuju kerjaya (jika dipilih) dan kenapa memilih syarikat tersebut sebagai kerjaya pilihan.
- Ada calon terutama lelaki gagal berpenampilan yang sepatutnya ketika menghadiri temuduga. Ada yang hanya mengenakan pakaian seperti seluar jeans dan kemeja lengan pendek tanpa tali leher.
- Ada calon yang tidak pasti kenapa memilih kerjaya tersebut dan sekadar ingin mencuba.
- Ada calon yang gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di universiti apabila teragak-agak dan tidak mampu menjawab soalan asas. Contohnya calon berkelulusan Degree In Marketing. Ada yang tidak dapat menghurai asas pemasaran, mencetuskan idea dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dunia pekerjaan
Ada graduan lepasan universiti dilihat gagal mempamerkan daya fikir yang logik dan rasional malah ada yang masih samar-samar apa haluan yang menjadi pilihan. Secara amnya, apa yang dipamerkan semasa temuduga akan menjadi tanda aras sejauh mana kualiti kerja jika berjaya dipilih.