Pages

Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

# My Info : Pemegang Unit ASB Dapat Dividen 7.75 sen, Bonus 1.15 sen

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen 
PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 di Menara PNB di sini hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.