Pages

Showing posts with label Kemas. Show all posts
Showing posts with label Kemas. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

# My Idea : Lubuk Ikan Bagus

Pertama Seumpamanya Di Malaysia?
Kepada mereka yang tinggal di sekitar pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor mungkin dah familiar dengan kedai yang menjual pelbagai jenis ikan segar, udang, sotong termasuk ayam daging. Nama kedai pun cukup memikat hati "Lubuk Ikan Bagus".

Kedai ini dibuka seawal 7.00 pagi dan ditutup pada 7.00 malam dan memang menjadi pilihan penduduk di situ. Apa yang menarik tentang kedai ini?

1. Harga yang berpatutan
2. Premis yang bersih dan tersusun - tong ikan disusun cantik dan lantai dialas dengan kayu supaya air tidak terpercik.
3. Waktu perniagaan yang panjang - biasanya pasar basah beroperasi hingga tengah hari. Macam mana pekerja yang balik pukul 5.00 petang?
4. Kedai yang penuh informasi - pelanggan akan tahu jenis ikan yang dibeli di mana, jenis apa dll
5. Lebih 30 jenis ikan segar setiap hari
6. Tenaga kerja yang ramah dan proaktif
7. 100% milik peniaga Islam