Pages

Monday, 9 December 2013

# My Idea : Kisah Sayur Nangka

Baru2 ni aku balik rumah mak aku.Sorang je, tak bawak family.So aku singgah la kat pasar malam.Beli lauk dan sayur sikit2.Seperti biasa aku singgah kt gerai makcik yang jual sayur dan ulam.Tengok dari fizikal, rasanya umur makcik tu dah lebih 70 tahun.Aku pun main ambik je 3 sayur, kacang panjang, kacang botol dan....nangka.

Sampai rumah mak, aku ditanya kenapa beli sayur nangka.Kan nangka kat rumah banyak.Jawapan aku senang, sebab nak tolong makcik tu.Memang tak sempat fikir pun rumah mak banyak pokok nangka.Tapi kenapa aku beli? Secara tersiratnya aku nak tolong makcik tu.Aku kagum dengannya.Dalam usia macam tu masih ada kudrat nak cari rezeki.Sama macam mak aku.Masih kuat.Dia jauh lebih baik daripada lelaki yang sihat dan cukup sifat tapi pemalas!

Aku akan tetap tolong makcik tu walaupun dengan hanya membeli 4-5 ringgit.Tak habis kat situ, kalau boleh marilah kita memakmurkan ekonomi Islam.Cara yang mudah, berurusanlah dengan peniaga beragama Islam.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

No comments:

Post a Comment