Pages

Showing posts with label Felixia Yeap. Show all posts
Showing posts with label Felixia Yeap. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

# My Info : Felixia Yeap Berhijab

Daripada Playboy Bunny Kepada Hijab!

  

Secara peribadi memang beliau patut diberi pujian tanpa mengira latar belakang beliau sebelum ni dan nampak seakan lebih kepada kecenderungan berfesyen dengan cara begini. Walau apapun sebab dan alasan, bukan mudah sebenarnya untuk berbuat begini kecuali wanita yang beriman. Wanita Islam sendiri ada yang gagal memenuhi tuntutan agama dalam bab menutup aurat. Mereka kata mereka dah berubah dengan bertudung tapi masih belum ada kesempurnaan dalam menutup aurat. Ada juga yang sama sekali tertutup hati menutup aurat meskipun umur semakin tua. Ada pula yang tak istiqomah, hanya menutup aurat mengikut tempat dan masa. 

Hidayah itu milik Allah! Semoga beliau diberikan hidayah untuk mendalami dan memilih Islam sebagai pegangan dan cara hidupnya suatu hari nanti. Semoga Felixia Yeap mendapat kemanisan berhijab ya.

 Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

“Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, 
Dia akan berikan kefahaman agama.” 
(hadis riwayat Bukhari)